Dalam proses rooting kali ini saya akan tunjukkan cara – cara root Samsung Galxy S3 menggunakan CF-Root yang dihasilkan oleh Chainfire (komuniti xda developers). Melalui proses rooting ini, Galaxy S3 anda akan dilengkapi dengan aplikasi SuperSU, ClockWorkMode 5.5 dan CWM Manager bagi membolehkan anda melakukan customization selepasnya
Langkah Yang Perlu Diambil Sebelum Root Samsung Galaxy S3
- Lakukan backup.
- Pastikan bateri smartphone anda berada di tahap tidak kurang dari 80% penuh.
- Pastikan anda telah install Kies di PC/laptop anda. Jika belum, download Samsung Kies di sini, install dan restart PC/laptop anda.
Tools Yang Diperlukan
Odin 3 (3.0.4) – Download Odin 3 (3.0.4)Cara – Cara Root Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) Menggunakan Odin ICS 4.0.4
Langkah 1 Setkan smartphone anda ke Debugging Mode ( Setting -> Applications -> Developement -> USB Debugging ).
Turn off smartphone ( pastikan betul – betul atau tanggalkan bateri smartphone anda untuk mendapatkan kepastian )Langkah 2 Setkan smartphone anda ke Download Mode ( tekan butang VOLUME DOWN + POWER + HOME secara serentak untuk beberapa saat sehingga anda berada di Download Mode )
Langkah 3 Start Odin 3 (3.0.4) yang anda download di PC / laptop anda.
Langkah 4 Sambungkan Galaxy S3 anda ke PC / laptop menggunakan USB data cable.
Langkah 5 Tunggu sehingga Odin mengenalpasti peranti anda ( ID: COM di Odin bertukar ke warna biru ).
Langkah 6 Klik PDA dan pilih file CF-Root-SGS3-v6.0.tar yang telah di download sebelum ini. (pastikan ianya .tar dan bukannya .zip)
Langkah 7 Klik button Start dan tunggu sehingga proses root selesai. Peranti anda akan reboot secara automatik.
Sekiranya semua berjalan lancar, Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) ICS 4.0 anda kini telah berjaya di root. Untuk kepastian, pastikan wujud aplikasi SuperSU, CWM dan CWM Manager di senarai aplikasi Samsung Galaxy S3 anda.